Anugerah Usahawan Permulaan Baru Sarawak 2020
Cik Sandra Sii, Pengasas Sandra Fitness, adalah seorang Jurulatih Kecergasan Zumba profesional. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam melatih pelajarnya untuk mengamalkan senaman yang tetap dan tabiat pemakanan yang sihat. Melalui pengalaman dan kesilapan yang dialami pada masa lalu, beliau merasa terdorong untuk membetulkan mitos dan salah faham ramai mengenai kehidupan sihat.
Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelajarnya dari semua peringkat umur dengan lebih berkesan, Sandra telah memperoleh Lesen Zumba untuk Semua Peringkat Umur dan Lesen Jurulatih Pemakanan Sihat Zumba dari Australia sejak Ogos 2018. Sejak itu, beliau telah membimbing lebih daripada 260 pelajar, mengendalikan lebih daripada 360 kelas fizikal melalui lebih daripada 180 lagu. Semasa pandemik COVID-19 sejak Mac 2020, beliau juga telah memindahkan kelas bimbingan kecergasannya ke platform maya, menawarkan lebih daripada 300 kursus dalam talian.
Pada masa lalu, Sandra mencurahkan seluruh hidupnya untuk menjaga keluarganya dengan mengabaikan kesihatan dan tekanan emosinya sendiri. Hanya setelah beliau menghadapi masalah perkahwinan, masalah kesihatan, dan imej diri yang buruk, barulah beliau mula mencintai dirinya sendiri dan menjaga keperluan dirinya. Dengan amalan profesionalnya dalam Zumba dan program pemakanan sihat, beliau berharap dapat membantu lebih ramai pelajar untuk menjalani kehidupan yang bahagia, sihat, yakin, bertenaga, dan tenang.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mengalami kesedihan kehilangan beberapa ahli keluarga dan saudara-mara yang menderita penyakit kronik jangka panjang. Beliau sangat sedar akan kepentingan kesihatan fizikal dan mental; oleh itu, ia menjadi motivasi besar beliau untuk memulakan keusahawanan yang berkaitan dengan kesihatan. Beliau percaya kepada cara sihat semula jadi untuk pencegahan penyakit. Pelajar yang menyertai kelas kecergasannya kebanyakannya adalah suri rumah dan wanita bekerja, berumur antara 20 hingga 60 tahun, dari Malaysia dan Australia.
Pada pendapatnya, kursus kecergasan Zumba adalah penyelesaiannya! Ramai yang menyerah kepada tabiat senaman mereka akibat pelbagai halangan seperti kurang disiplin atau motivasi, pandemik, keletihan, komitmen keluarga, dan sebagainya. Namun, kecergasan Zumba direka untuk menjadi pilihan yang lebih baik bahkan untuk pemula. Kursus Diet Sihat Zumba bertujuan untuk menyelesaikan masalah pemakanan yang tidak sihat.
Sandra berkongsi bahawa sebab utama menyertai pertandingan ini adalah untuk mendapatkan bimbingan daripada pengajar mengenai bidang kelemahan yang perlu diperbaiki, supaya beliau dapat mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, beliau berpeluang untuk berkenalan dengan lebih ramai usahawan dari bidang yang berbeza. Ini memberi peluang yang baik untuk beliau belajar dari orang lain juga. “Jika saya boleh memenangi bonus tersebut, saya akan menggunakannya untuk membangunkan sistem perkhidmatan automatik 24 jam dan sistem keahlian untuk menjana pendapatan yang lebih baik serta membantu lebih ramai orang mengamalkan gaya hidup sihat, ” jelas Sandra.
Pada masa depan, Sandra merancang untuk memasukkan kaedah pemakanan sihat sebagai sebahagian daripada pakej perkhidmatan dalam sistem keahliannya. Selain itu, beliau juga ingin menawarkan tips dan maklumat berguna mengenai kesihatan emosi, keluarga dan perkahwinan. Beliau suka membimbing pelajarnya untuk membina hubungan interpersonal yang positif dan kesejahteraan holistik. Sistem keahlian ini termasuk video panduan tentang mengamalkan gaya hidup sihat, yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan usaha oleh Sandra, dengan tujuan untuk membimbing pelajar dalam mengubah kehidupan mereka secara positif. Kesihatan adalah tidak ternilai dan merupakan salah satu hadiah terbaik untuk generasi akan datang.
Pemenang Anugerah Usahawan Pemulaan Baru Sarawak: KCH05 Sandra Sii Hie Kiong
Sebagai seorang jurulatih kecergasan Zumba profesional, Sandra ingin membantu pelajarnya mencari rutin senaman dan tabiat pemakanan sihat yang boleh mereka kekalkan sepanjang hayat, membetulkan salah tanggapan dan mitos, serta membantu mereka memulihkan dan mengekalkan kesihatan.
Untuk melayani pelajar dari semua peringkat umur, Sandra telah mendapatkan Lesen Zumba untuk Semua Peringkat Umur dan Lesen Jurulatih Pemakanan Sihat Zumba dari Australia. Sejak memulakan perniagaan pada Ogos 2018, beliau telah memberi khidmat kepada lebih daripada 260 pelajar, mengajar lebih daripada 400 kelas fizikal dan lebih daripada 220 lagu. Sejak penguatkuasaan kawalan pergerakan pada bulan Mac 2020, beliau juga telah beralih ke dalam talian, menawarkan lebih daripada 300 kursus dalam talian.
Dalam usaha yang gigih untuk keluarga, Sandra secara perlahan-lahan kehilangan kemampuan untuk mencintai diri sendiri dan mencari kebahagiaan, sehingga beliau mengahadapi masalah dalam perkahwinan, kehilangan kesihatan fizikal dan mental, serta tidak berani melihat cermin atau membeli pakaian. Hanya selepas itu, Sandra mula belajar untuk menjaga dirinya sendiri. Beliau berharap dapat membantu pelajarnya melalui pemakanan sihat dan tabiat senaman untuk menjadi seorang yang bahagia, sihat, yakin, bertenaga, dan dapat tidur dengan nyenyak setiap hari.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ahli keluarga dan saudara-mara Sandra satu demi satu meninggal dunia atau mengalami penyakit kronik jangka panjang, yang menyedarkannya tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental. Ini menjadi semangat dan motivasi beliau dalam keusahawanan, dengan menggunakan cara yang paling semula jadi untuk mencegah penyakit dan mengurangkan simptom penyakit. Selama lebih dua tahun yang lalu, beliau telah memberikan perkhidmatan terutamanya kepada pelajar dari Malaysia dan Australia, yang berumur antara 20-an hingga 60-an, kebanyakannya adalah suri rumah atau ibu yang bekerja serta wanita profesional.
Beliau menyatakan bahawa kelas kecergasan Zumba di gim secara fizikal dapat menyelesaikan masalah sukar untuk mengamalkan senaman secara berterusan, kesukaran untuk mengekalkan rutin senaman sendiri, dan medah menyerah dalam senaman. Kursus Zumba dalam talian 24 jam dapat menyelesaikan masalah seperti ketakutan untuk keluar bersenam akibat pandemik, kesibukan di rumah yang menghalang daripada keluar bersenam, keletihan selepas kerja yang menghalang daripada keluar bersenam, kesukaran untuk membantu seluruh keluarga mengamalkan rutin senaman, serta kesukaran untuk membantu anak-anak bersenam di rumah semasa pandemik; Kursus Diet Sihat Zumba pula menyelesaikan masalah seperti salah faham tentang pemakanan sihat, ketidakpastian suri rumah tentang cara menyediakan pemakanan sihat untuk keluarga, dan kekeliruan mengenai keseimbangan pemakanan diri sendiri.
Sandra berharap dengan menyertai pertandingan ini, termasuk mengikuti kursus daripada guru-guru berpengalaman, beliau dapat melihat titik buta dan ruang untuk penambahbaikan dirinya. Pada masa yang sama, beliau juga berpeluang untuk berkenalan dengan individu dari pelbagai bidang dan belajar antara satu sama lain. “Jila saya boleh memenangi hadiah wang tunai, saya akan menggunakannya untuk membangunkan sistem automatik dan sistem keahlian, menyediakan perkhidmatan 24 jam dan mencapai pendapatan yang ideal serta membantu semua orang mengamalkan gaya hidup sihat,” jelas Sandra.
Pada masa depan, Sandra merancang untuk menyediakan maklumat tentang pemakanan sihat serta menjaga hubungan emosional, keluarga, dan perkahwinan dalam sistem keahlian, untuk mewujudkan perkhidmatan sehenti yang membantu pelajarnya memulihkan dan mengekalkan kesihatan serta kebahagiaan diri dan keluarga. Sistem keahlian ini juga akan termasuk 21 video pengajaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat, untuk membantu pelajar membetulkan tanggapan yang salah. Kesihatan adalah tidak ternilai dan merupakan salah satu hadiah terbaik untuk generasi akan datang.
Majlis Penyampaian Anugerah Usahawan Permulaan Baru Sarawak 2020